Daisypath Wedding tickers
May 5, 2011

Rahsia Warna kegemaran kaum wanita ikut Dr Fadzillah Kamsah...~~

Salam...nie ade sedikit info tentang warna yang cik HD dpt ..tgh search, tetiba tertarik nk bc ttg nie...


Rahsia Warna Biru
Jika anda suka warna biru, anda tergolong sebagai
pemurung dan selalu bertindak pasif dalam banyak
hal. Mendambakan ketenangan dan ketenteraman.
Anda selalu mendapat kesulitan dalam pergaulan.
Begitu juga dalam bercinta kerana anda lebih cenderung
menyembunyikan perasaan.

Rahsia Warna Hijau
Warna kesukaan anda hijau, maka anda tergolong
dalam golongan yang sangat romantik, menyukai
keindahan, menyenangi alam dengan udara yang
nyaman. Anda adalah seseorang yang selalu memegang
prinsip. Dalam hal bercinta anda mengidam-idamkan calon teman hidup yang penuh toleransi
dan dapat dipercayai.

Rahsia Warna Kuning
Kesukaan anda warna kuning menandakan bahawa
anda memiliki sifat optimis. Anda seorang periang
dan senang bergaul, tidak memiliki penampilan
yang muram. Sifat tolong-menolong selalu ada dalam
diri anda,kerana menolong merupakan suatu
kewajiban mutlak bagi anda. Anda orang yang tidak
pernah meremehkan siapapun jua, walaupun
seseorang itu lemah dan bodoh.

Rahsia Warna Ungu
Jika warna Ungu (Violet) menjadi warna kegemaran
anda maka anda adalah seseorang yang benarbenar
luar biasa. Dalam menghadapi masa depan
anda tidak pernah ragu-ragu, apa yang dikerjakan
anda adalah yang terbaik. Anda pandai mengikuti
perkembangan zaman. Dalam bercinta, hanya merekalah
yang kuat mental yang dapat mendekati
dan menjadi kekasih anda.

Rahsia Warna Putih
Jika anda menyukai warna putih, maka anda adalah
orang yang dilahirkan ke dunia dengan sempurna,
banyak orang mengagumi anda kerana sifat anggun,
sifat idealis dan moral anda yang teramat tinggi.
Tak pernah angkuh, senang menolong siapa saja
yang memerlukan bantuan anda.

Rahsia Warna Hitam
Anda sangat lincah dalam hal-hal tertentu saja. Jika
anda berada dilingkungan yang tidak disukai, maka
anda akan menjadi murung. Anda selalu tampil
menarik dan rapi. Ramai orang cuba mengejar dan
merebut cinta anda.

p/s: CIk HD suka warna purple..hihih:-)

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com